CORETAN HATI SEORANG MANUSIA BIASA

 MUZZAFAR BIN ABDULLAH

Coretan hati seorang manusia biasa

Soal hati dan perasaan seseorang manusia ini sangat cepat berubah, perbanyakkan doa kepada Tuhan Esa Tuhan Agung sekalian alam agar hati dan perasaan kita tidak mudah dibolak-balikkan oleh anasir-anasir luar yang ingin menarik kita ke kancah api neraka. 

Sedap aku menulis ayat kat atas ni entah dimana aku dapat sebab muncul di ingatan aku tika aku menulis entri blog pada hari ini. Mungkin aku merasa sangat bersalah kepada diri sendiri atas asbab-asbab tertentu yg telah aku lakukan kat manusia-manusia lain. 

Tujuan aku menulis entri kali ini adalah utk memohon maaf kepada semua orang yg telah atau akan datang yg mengenali diri aku sama ada kenal rapat, kenal gitu-gitu shj. Aku berharap agar kalian semua dpt memaafkan diri aku yg kadangkala terlampau kasar sehingga menguris hati dan perasaan kalian. Aku risau andai kata Tuhan Esa mengarah malaikat maut mencabut nyawa aku tika aku tidak sempat berjumpa kalian secara berdepan utk memohon maaf kpd kalian. Aku rasakan hati dan perasaan ini penting utk dijaga sesama manusia agar mudah utk aku dihisap sama ada pulang ke syurga idaman aku atau ke rumah azab yakni neraka. 

Aku tahu ramai sungguh kawan-kawan aku yg mengenali aku selama aku hidup ini, aku mahu berkongsi kisah perjalanan aku bersama-sama kawan-kawan aku. pertama kali aku mohon maaf sekiranya ada antara kalian yg aku tidak tulis di entri ini kerana faktor lupa yg Tuhan Esa telah kata kan. 

buat teman-teman GPMS UiTM,
pertama kali aku ingin memohon maaf kpd yg telah terasa hati dan perasaan dgn status media sosial aku selama ini. bukan niat dihati ingin tinggalkan kalian semua tapi atas asbab-asbab tertentu aku menulis sedemikian,biarlah sebab-sebab itu aku tanggung sendirian walaupun ada yg bertanya kepada aku dan memberikan nasihat , tapi itu juga sekadar alasan aku utk yg telah baik hati bertanya kepada aku. kalian mmg  terbaik kerana sudi menegur aku. biarkan pedih luka sampai bernanah hati dan perasaan aku sendirian, aku tidak akan sama sekali bagi kalian merasainya juga. kalian aku merasakan tidak akan mampu menanggungnya. 
GPMS UITM ini aku mulakan apabila aku tersedar dari mimpi sejarah dahulu kala ketika aku sertai ERA 25 (ekspedisi rakan alam kali ke 25), kemudian aku sedar sampai terbangun berdiri ketika aku jadi pengarah utk program pertama kali iaitu JSP16(jelajah sinaran permata 2016) di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih,Kuala Lumpur selepas aku sertai kursus asas fasilitator 2016 di hulu langat.aku juga terbangun berdiri hingga terkejut ketika menyertai OTK11 iaitu operasi tawan kota kali ke 11.otk11 ini sgt bermakna bagi aku kerana aku dapat menyaksikan sendiri hati dan perasaan sebenar kawan-kawan seperjuangan yg lain, ada yg menangis ada yg marah ada yg kecewa ada yg menyesal dan pelbagai lagi.Teman-teman GPMS UITM, kemudian aku ditaklifkan sebagai presiden gpms uitm palam buat kali kedua menggantikan iron lady palam iaitu saudari tiqa j.seriously aku sangat blur kepada aku yg dipilih org dia dan pimpinan dia,sebab aku lelaki yg dah join byk benda dlm prgram2 gpms uitm dan dah kenal org2 gpms uitm shah alam?biar lah aku sahaja yg simpan sendiri jawapan untuk soalan ini. aku hanya mahu kalian tahu yg menjadi pemimpin utama dlm sesebuah organisasi ini sangat-sangat mencabar dan penat yg amat. buat pimpinan-pimpinan utama aku, aku mohon maaf banyak-banyak kat kalian atas pemerintahan aku selama ini,biarlah kenangan manis dan pahit ini tersimpan dlm memori kita bersama.maafkan kata-kata pedas dan keras kat kalian selama ini.buat anak-anak buah dlm pemerintahan aku, terima kasih atas usaha kalian dan maaf kan aku kalau aku ada marah dan buat hati dan perasaan kalian pedih dan kecewa dgn aku selama aku jaga kalian.















No comments:

Post a Comment