KEPERCAYAAN ITU BUKAN MUDAH

Kepercayaan itu satu perkara yang susah untuk dibuat
Definisi percaya itu apabila amanah diberikan kepada orang lain

INI KISAH KEPERCAYAAN AKU

Aku ini bukanlah seorang yang mudah percaya orang, semua benda aku nak buat, semua aku yang bertanggungjawab aku akan buat, aku akan selesai kan sehingga aku rasa kecewa seorang diri, akulah seorang yang ego dengan lagak aku. Bukan tidak mahu memberikan kepercayaan kepada orang lain, aku tidak mahu memberatkan orang lain dengan masalah yang akan berlaku, biar aku yang tanggung sendirian.

TAPI,
Aku pernah memberikan kepercayaan aku kepada seseorang, bukan soal cintan-cintun tapi soal kasih-sayang sesama adik dan abangnya. Harap korang sudi membaca entri aku kali ini.

BISMILLAH

Tahun lepas dulu aku memandu kereta berjenama mahal iaitu kereta Mercedes Benz S-Class 320 berwarna maroon,kisahnya tahun lepas aku memang nak bawa kenderaan di kolej kediaman uitm tapi masalahnya pelajar yang mendapat kemudahan kolej kediaman tidak dibenarkan membawa kenderaan. Pening dan susah aku mahu selesaikan masalah ini....
tiba-tiba aku dapat jalan penyelesaiannya, kisahnya bermula apabila ada satu program memerlukan fasilitator utk Sekolah Alam Shah,Putrajaya di Wetland Putrajaya, disitu aku bertemu dengan ramai fasilitator yg berpengalaman dan juga seorang trainer bernama fareez.Sewaktu taaruf dan briefing fasi2, aku bagitahu belajar di uitm puncak alam,ade seorang yang sama tempat belajar dengan aku, dia ialah trainer tadi. Tidak sangka ada jugak yg sama tempat dgn aku sebab biasa student uitm jarang yg terlibat dgn program2 macam ini, happynya aku time tu sebab ada juga orang yg sama dgn aku... perkenalan dari situ kekal sehingga akhirnya...aku panggil dia abang fareez walaupun umur dia setahun tua dari aku...aku hormat dia kot sebab dia trainer dan tua skit dari aku kan...hehehehe 
apabila aku dah kenal org itu, apa lagi.. aku gunakan la dia sehabis baik sebab dia duduk luar uitm...hehehe..pada awalnya la...tapi abang fareez ni baikkkkk sangatttt , selalu tolong aku, mana aku x sayang kat dia , kitaorang rapat gila secara tiba-tiba , padahal baru beberape bulan pada tahun 2017 aku kenal dia melainkan orang lain yg dah kenal dia bertahun-tahun, aku rindu kau abang! 
kembali kepada tujuan asal aku menulis entri kali ini, kisahnya aku dah dapat orang untuk parking kereta mewah aku ..hahahaha...,aku minta tolong abang fareez untuk pinjam parking rumah sewa dia..dia kata okay je bole, yes! berjaya selesaikan masalah tadi... 
aku bagi sepenuh kepercayaan kat abang fareez weyyyy.... dia bole guna kereta aku bila2 dia nak, janji x accident dan rosak,hehehehe... 
nak jadikan cerita, abang fareez ni baikkk sangaatttt... dia x guna pun kereta aku untuk kegunaan lain, dia guna kereta aku bila dia terlewat/lain masa dgn kawan2 sekelas dia utk ke uitm,baik sangat kot.. kalau aku dah guna dah bila2 aku nak..hahaha...
abang fareez juga akan minta kat aku kalau dia nk pegi usrah atau program guna kereta aku... aku apa lagi bagi jela sebab guna untuk kebaikan ummat ..hehehehe... abang fareez jugak selalu ajak aku untuk ikut dia tapi aku ni jahat xnak ikut dia pegi program,aku bagi banyak alasan kat dia,tapi kenangan yg ada aku ingat pernah join program dengan dia, kitaorg balik lambat , abang fareez offer tido rumah sewa dia sebab dah lewat nk hantar masuk dlm uitm kalau x kena tulis nama, baik kan abang aku ni... adikmu ini rindu kenangan bersamamu abang!

terima kasih abang angkatku Mohd Fareez Bin Mohd Ghazali, abanglah seorang perwira dan superhero dihati saya, tiada orang lain yang saya pernah bagi kepercayaan saya, abang begitu istimewa di hati saya, abang pergi terlalu awal dan cepat untuk saya ambil butir2 ilmu dari diri abang, saya tiada lagi tempat untuk beri kepercayaan saya melainkan abang seorang, abang la tempat saya yang saya percaya untuk berkongsi segala cerita.... 

moga abang tenang du syurga Allah dan abang rehatlah disana, doakan saya kuat untuk sambung kerja abang ini...

khas buat abang angkatku,
dari adik angkatmu.