''Aku bagai pasir pantai yang terbaring lesu meniti hari.Menanti air laut membasahi, ketika sang mentari membakar dan mengeringkan tubuhku.
Aku bagai pasir pantai yang mengharap ombak, menggerak dan mengalihkan tubuhku ke gigi air untuk mencari kedinginan.
Di mana kah kau ketika aku terkapai kesepian, dibalut rindu, di dera luka yang amat dalam?
Kekasih, kaulah air dan ombak yang sangat kudambakan.Hadirmu bagai titisan embun menyegarkan kelopak bunga-bungaan.Sang embun itu adalah cintamu yang sangat kuharapkan.Cinta ini bukan hanya mimpi manis yang mengkhayalkan.Cinta ini adalah angin rindu yang meniupkan kebahagiaan.
Kekasih ,jika sewaktu-waktu sepi turut menerjah ruang resahku, panggillah namaku, kerana di situ ada cinta, ada rindu yang sangat mengharap balasan kasihmu...
Dariku,
Yang Amat Menyintaimu